About Us
Ladang Halal, Segar & Berkualiti.

Siapa Kami
Grand Einsan Farm adalah syarikat berteraskan industri ternakan yang mengusahakan pembelaan lembu, kambing, itik, ayam organik dan ikan secara sistematik serta mengikut piawaian halal. Kami komited dalam memastikan setiap ternakan dibela dengan kaedah terbaik, bersih, dan berkualiti tinggi. Matlamat kami adalah untuk menjadi peneraju dalam pembekalan daging halal yang segar dan berkualiti kepada pelanggan di seluruh negara.
Apa Yang Kami Tawarkan
Sebagai penyedia perkhidmatan bersepadu, Grand Einsan Farm membekalkan daging segar dan sejuk beku (frozen) untuk lembu, kambing, itik dan ikan. Selain itu, kami turut menyediakan penyelesaian lengkap untuk keperluan ibadah umat Islam, merangkumi penyediaan kambing bagi majlis akikah serta lembu dan kambing untuk ibadah korban Aidiladha. Setiap produk dan perkhidmatan kami dikendalikan dengan profesionalisme tinggi, menitikberatkan kualiti, kebersihan, serta kepuasan pelanggan.
